Dr Mohd Nor Nawawi
Pengarah Bersama CESMACS
Keputusan pilihanraya yang diadakan di Mesir pada penhujung tahun 2005 dan di Palestin awal tahun 2006 telah memeranjatkan banyak pihak. Penyertaan dan kemenangan besar Ikhwan dan HAMAS (bererti zeal) di Palestin dalam pilihanraya tersebut menyebabkan banyak orang bertanya bagaimana perkara ini terjadi. Ini kerana kalau di Mesir terlalu banyak halangan dan sekatan dikenakan oleh pemerintah bagi menyekat kemaraan Ikhwan sedangkan di Palestin pula kelompok Fatah adalah cukup ‘established’ dan disokong kuat oleh Amerika dan Israel.
Di Mesir, Ikhwan telah memenangi 88 kerusi dari 137 calon yang bertanding, suatu peningkatan yang tinggi dari hanya 17 kerusi yang dimenangi sebelum ini. Ini adalah hampir satu-perempat dari 444 kerusi parlimen di Mesir. Sementara HAMAS pula, berjaya memperolehi 76 dari 132 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Fatah hanya mendapat 43 kerusi sahaja. Dengan jumlah kerusi tersebut, HAMAS boleh memerintah sendirian tanpa memerlukan bantuan Fatah. Inilah kali npertama dalam sejarah mana-mana negara Timur Tengah kelompok Islam menang secara mutlak malalui ‘ballot box.’
Kedua-dua kelompok, Ikhwan dan HAMAS telah memasuki pilihanraya masing-masing dalam keadaan yang cukup ‘disadvatahed.’ Ikhwan dianggap sebagai kelompok yang tidak sah dari segi undang-undang dan tidak boleh bertanding secara rasmi atas nama Ikhwan. Parti Pemerintah, NDP pula berleluasa menggunakan kaedah kempen yang menakutkan seperti pendekatan samseng (thuggery), kekacauan (violence), rasuah (bribery) dan penipuan undi (vote rigging). Dalam konteks HAMAS jelas situasi ‘disadvantaged’ yang ada pada mereka ialah imej pengganas (terrorist) yang dilabelkan terhadap mereka oleh seluroh media Barat dan bukan Barat. Mereka ditudoh sebagai kelompok yang tidak mahu kepada perdamaian dan mengambil pendekatan Taliban.
Faktor-faktor Kejayaan
Dalam keadaan yang cukup disadvantage itu kenapa kedua-dua pertubuhan berjaya dalam pilihanraya di Mesir dan Palestin? Kalau diambil Ikhwan sebagai contoh, banyak faktor yang mendorong kepada kejayaannya. Pertamanya, banyak penganalisis politik Mesir mengatakan tindakan-tindakan tidak demokratik pemerintah terhadap pihak pembangkang menyebabkan para pengundi berasa bosan dengan pemerintah. Tindakan-tindakan itu termasuk keganasan, penipuan dalam pilihanraya dan usaha menyekat para pengundi dari mengundi tidak menguntukan parti NDP dan kerajaan.Pihak polis telah mengertak dan memukul para pengundi dengan alasan “protecting the electrorate and the judges.”
Keduanya, Ikwan telah berjaya meletakkan diri mereka sebagai kelompok yang berprinsip dan menghormati isu-isu dan nila-nilai pokok kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, mereka mendokong dengan kuat usaha kearah ‘popular participation’ dalam politik dan mempunyai minat mendalam berhubung dengan ‘public concerns’ dan ini dilakukan melalui parti-parti politik dan NGOs. Penyertaan ini dilakukan melalui aktiviti-aktiviti masyarakat seperti demonstrasi, symposia , perayaan dan dengan ikut serta dalam proses pemilihan samada pilihanraya kebangsaan, pertubuhan atau professional sindicates (seperti Bar Council dll). Mereka juga menghormati kemahuan umum (popular will) di samping menghormati dan menerima perbedaan pandangan, menghormati pluralisme agama, budaya, politik dan kesarjanaan dan menerima keputusan pilihanraya – tanpa mengira siapa menang atau kalah – asalkan ianya dilakukan dengan penuh hormat (hobourable).
Ketiganya, setahun sebelum pilihanraya dijalankan Ikhwan telah membuat persiapan rapi dan berusaha menghapuskan rasa takut atau rasa bimbang masyarakat terhadapnya. Ia melancarkan ‘initiative for reform’ pada 3hb Mac, 2004. Di sini Ikhwan menyatakan keinginan dan hasratnya mewujudkan ‘widely based national coalition’ yang menekan kepada keperluan menyedari bahawa reform tidak boleh dipikul secara rasmi oleh mana-mana faction, hatta kerajaan sekalipun. Ia memerlukan penyertaan bersama dan bersungguh parti-parti besar dan mana-mana kuasa politik. Kerana itu Ikhwan telah menyertai United National Front for Change bagi mengelakkan permusuhan (animosity) dari kelompok lain.
Keempat, persepsi masyarakat kepada Ikhwan bertambah baik kerana NDP dan status quo yang ada mulai dianggap perkara yang berlalu. DIsamping itu, kelompok leftist, liberal dan nationalist forces telah hilang wibawa (discredited). Kelompok-kelompok ini walaupun berdepan dengan NDP tidak kurang juga kebencian mereka kepada Ikhwan. Akhbar mingguan al-Fagr (al Fajr – Dawn) melukiskan kartun muka hadapan ‘Faithful Presiden Mohamed Mehdi Akef’ berpakaian ala Nazi. Sementara Salah Eissa, sejarawan berhaluan kiri, yang merupakan pengarang surat khabar al-Qahira membuat prediksi bahawa kejayaan politik Ikhwan akan melahirkan Egyptian Taliban.
Akhir sekali, pendekatan yang diambil Ikhwan dalam kebanyyakkan tindakannya – sama ada politik, dakwah dan sebagainya mengambarkan ianya pertubuhan yang ‘sederhana’ dan bukan jahat serta radikal sebagaimana yang cuba ditonjolkan oleh musoh-musohnya. Imej yang dotonjolkan ini bukan bererti Ikhwan sebuah pertubuhan yang tidak serius. Ia cukup komited kepada perjuangan Islam tetapi pendekatannya menyenangkan banyak orang. Interview dengan Mehdi Akef, Murshidul Amnya selepas pilihanraya memudahkan kita memahami kenapa rakyat menyokongnya. Apabila ditanya bagaimana dengan bermacam-macam tuduhan liar pada Ikhwan, ia masih mampu menang, , jawapannya, “the group’s legitimacy comes from the street.” Mengenai negara Islam, beliau menyatakan, “The state in Islam is a civil one. To achieve Islamic state we need a very long time. We can only achieve it if the people want it. I am not much inclined to use the term Islamic state. I prefer using terms such as ‘legitimate government’ and ‘parlimentary republic’ because the Islamic part is stipulated in the constitution any way.” Apabil di Tanya adakah ini strategi semata-mata atau ditangguhkan sahaja projek negara Islam ini, beliau menjawab, “No, it is not a postponed project. We are seeking ways to achieve it and it requires a lot effort. As you know we begin with Muslim individual, the Muslim family and the Muslim community.”
Di samping faktor-faktor di atas, faktor sosialisasi politik anggota pertubuhan Ikhwan perlu diambil kira. Faktor ini amat penting kerana ia banyak melibatkan unsur-unsur kerohanian yang cukup kuat mempengaruhi perwatakan, etos kerja dan zealousness berorganisasi dan cara mengatur dan memahami politik negara dan ummah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
testing
Post a Comment