Centre for Studies in Modernity and Civil Society (CESMACS)
Centre for Studies in Modernity and Civil Society (CESMACS) atau Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Madani adalah merupakan suatu ‘extension’ daripada beberapa aktiviti yang dijalankan oleh CESMACS Sdn Bhd. Ia digerakkan mulai Jun 2002 sebagai sebuah ‘think tank’ bagi mengkaji beberapa aspek yang menarik tentang masyarakat Malaysia secara amnya dan masyarakat Islam secara khususnya. Perubahan yang dialami oleh masyarakat Islam pada abad ke 19, 20 dan 21 adalah amat besar. Masyarakat Islam berdepan dengan banyak cabaran khususnya dengan apa yang dipanggil modeniti dan pasca modeniti.
Apa itu modeniti dan apakah respon masyarakat Islam terhadapnya? Menentangnya? Menyesuaikan dengannya? Demikian juga dengan masyarakat Madani. Kenapa ide-ide masyarakat madani tidak begitu menonjol dalam masyarakat kita? Bagaimana ianya mahu disegarkan (reinvigorate) dalam masyarakat? Bagaimana kita mahu membina demokrasi yang dapat mewujudkan lanskap politik yang subur dan beretika.
CESMACS merasa terpanggil untuk ikut menyumbang dan menentukan agenda baru negara, iaitu agenda memberi penekanan kepada ketelusan (accountability), tanggungjawab sosial (social responsibility) dan sistem demokrasi yang responsif dan partisipatif.
Program dan Aktiviti
Program Bulanan dan Berkala
- Siri Syarahan Bulanan – Isnin, minggu ke empat setiap bulan
- Seminar berkala mengenai modeniti dan masyarakat madani
Program Diskusi Mingguan
- Minggu pertama: Diskusi buku bersama Dr. Muhammad Nur Manuty
- Minggu kedua: Diskusi semasa bersama Dr. Mohd Nor Nawawi
- Minggu ketiga: Diskusi bersama tokoh jemputan
- Minggu keempat: Diskusi thesis atau dissertasi
Penerbitan Buletin CESMACS – dua bulan sekali.
Pernerbitan berkala monograf CESMACS
Panel Penasihat
Pengarah
Dr. Mohd Nor Nawawi
Dr Muhammad Nur Manuty
Koordinator Program
Shahran Kasim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment